Thursday, December 26, 2013

Rancangan Perniagaan Syarikat ABCD Sdn Bhd

Posted by Admin on 12/26/2013 04:34:00 PM with


1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Disember 2005.Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian.Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang pertanian.

Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di kawasan Pontian, Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengusahakan tanaman cili merah sebanyak 5,000 pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.


Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan pinjaman Tabung 3F dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.


2.0 PENGENALAN
Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami / melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin meluas penggunaannya di kalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional.

3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak
syarikat ABCD Sdn. Bhd. ini. Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk Makanan (3F) bagi menampung kos permulaan projek ini.

Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.


4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT

4.1 Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : ABCD Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran : 0123456789
Alamat Perniagaan : 12-B, Tingkat 5, Wisma XXX, Jalan Sinar Maju 2/21, 51000 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-98765432
No. Faks : 03-45678900
Bidang Perniagaan : Pertanian dan industri asas tani.
Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad
Modal Dibenar : RM 1,000,000
Modal Berbayar : RM 1,000,000
Taraf Syarikat : 100% Bumiputera
Lembaga Pengarah :
1) Ali bin Abu
2) Ahmad bin Abu
3) XXXX
4) YYYY
Setiausaha Syarikat : DEFGH Management Sdn. Bhd.
Alamat Setiausaha :
Juru Audit Syarikat : IJKLM Public Accountant
Alamat Juru Audit :Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi


4.2 Objektif, Visi Dan Misi

Objektif
  • Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan sistematik.
  • Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.

Visi
Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain.

Misi
Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik.

4.3 Strategi Perniagaan
Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan strategi berikut :
  • Agro-Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sektor pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan pengeluarannya.
  • Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan.Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
  • K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D.

4.4 Maklumat Asas Projek
Nama Projek : Penanaman Cili Merah Secara Kaedah
Sistem Fertigasi
Lokasi : Pontian, Johor
Keluasan Tanah : 5 Ekar
Kapasiti Tanaman : 5,000 Pokok
Struktur : 10 buah Rumah Pelindung Tanaman
Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik
Nama Pengusaha : Syarikat ABCD Sdn. Bhd.
Anggaran Kos Permulaaan : RM 275,000
Anggaran Hasil Pengeluaran : 75,000 kg setahun
Anggaran Kasar Pendapatan : RM 300,000 setahun
Tempoh Pulang Balik : 2 Tahun


5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

5.1 Ahli Lembaga Pengarah

1) Ali Bin Abu
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi .

2) Ahmad Bin Abu
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

3) YYYYYY
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

4) XXXXX
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengurusan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi


6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat ABCD Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat
akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan.

Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3 orang Kerani, 3 orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi setiap projek yang dilaksanakan. Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia Projek dan 4 orang Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah dirancangkan.


6.1 Carta Organisasi


7.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

7.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system).Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah.Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan. Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ , ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah.Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi
Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah :
1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah penyakit.
3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya.
5. Tiada masalah merumpai/ merumput.
6. Kualiti yang lebih baik.
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.
8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.
9. Kurang penggunaan racun.
10.Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.
11.Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi
Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah :
1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan + Kalis Serangga).
2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.
3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.
4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.


7.1.2 Tanaman Cili
Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia.Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan.Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti tercatat di Jadual 1.


Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2.Di antara zat pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5 gram).


Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili.

Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ , sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’. Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5, MC 11, MC 12 dan Kulai.Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam jadual 4.

7.2 KEPERLUAN OPERASI

7.2.1 Pembangunan Infrastruktur
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu.
1) Penyediaan Kawasan
  • Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
  • Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.
  • Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila hujan.
  • Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.
  • Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik
  • Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi sistem fertigasi ini.

3) Bangunan
Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.
  • Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
  • Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.
  • Pusat pengumpulan hasil ladang.
  • Pejabat pengurusan projek.

7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi
Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini.
a) Rumah Pelindung

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :
1. Besi G.I. ½ ”
  • Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untukmembentuk asas struktur.
  • Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman.
  • Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang struktur utama.

2. Besi G.I. 1”
  • Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ”tadi.
  • Biasanya, panjang adalah 4 kaki.

3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)
  • Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat tiang besi.

4. Klip PVC Hitam
  • Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.

5. Plastik UV Lut Sinar
  • Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur rumah pelindung tanaman.

6. Jaring Kalis Serangga
  • Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga perosak .
  • Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar menggantikankan jaring kalis serangga.

b) Sistem Pengairan
Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah :
1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)
2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)
3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)
4. Penitis (Pen Dripper 6mm)
5. Elbow PVC 1”
6. Socket Valve 1 ½ ”
7. Socket Valve 16mm
8. Ball Valve 1 ½ ”
9. Ball Valve 1”
10.Nripper / Adapter
11.Rubber Gromet Set 16mm
12.Tangki Nutrient 200/600 gelen
13.Pam Air 1.5 HP
14.Timer (Pemasa)
15.PH Meter
16.EC Meter
17.Penapis Air

c) Bahan Input
Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input :
1. Benih Tanaman – Cili
2. Tray Semaian ’Plug’
3. Polibeg 14” x 16”
4. Media Semaian
5. Media Tanaman
6. Plastik ’Silver Shine”
7. Baja Fertigasi (set A &B )
8. Racun Serangga
9. Racun Kulat
10.Kayu Penyokong
11.Dawai
12.Batu Simen / Bata

7.3 PERLAKSANAAN
Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti berikut :
1) Penyediaan biji benih
2) Semaian Anak Benih
3) Membuat Larutan Stok
4) Penyediaan Beg Tanaman
5) Penanaman
6) Pembajaan
7) Pengurusan Sistem Pengairan
8) Kawalan serangga perosak dan penyakit
9) Penyelenggaraan tanaman
10)Penuaian
11)Pengendalian Lepas Tuai

7.4 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN



8.0 RANCANGAN PEMASARAN

Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap dan berkesan.Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkara-perkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :
1) Analisa Pasaran
2) Analisa Pesaing
3) Analisa Persekitaran
4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat)
5) Strategi Pemasaran
6) Pemilihan Strategi
7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan

9.0 RANCANGAN KEWANGAN

Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 5,000 pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah pelindung tanaman (berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di atas tapak seluas 5 ekar.

9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN
Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan yang terlibat adalah :
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran

Kos Pembangunan
i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan
1. Meracun rumpai dan tumbuhan secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah untuk mematikan
tumbuhan supaya mudah dibersihkan.
Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar : 2,500

2. Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan jentolak / JCB untuk keluasan 5 ekar tanah.
5,000.
Kadar upah : RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja

3. Kerja-kerja merata dan memadatkan tanah secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah.
Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar : 2,500

Jumlah Kos 10,000

ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana



Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan
Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah :



9.2 HASIL DAN PULANGAN
i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok yang ditanam x hasil sepokok .
Bilangan Pokok Ditanam = 5,000 pokok
Anggaran Hasil Semusim = 5 kg / pokok
Jumlah Hasil Semusin = 5 x 5,000
= 25,000 kg
= 25 tan / musim (4 bulan)
Bilangan Musim / Tahun = 3 musim
Jumlah Hasil Setahun = 25,000 kg x 3 musim
= 75,000 kg / tahun
= 75 tan

ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang.
Harga jualan di ladang = RM 4.00 / kg
Jumlah Pendapatan Semusim = RM 4.00 x 25,000 kg
= RM 100,000.00 / musim
Jumlah Pendapatan Setahun = RM 100,000.00 x 3 musim
= RM 300,000.00 / tahun

9.3 ALIRAN TUNAI




10.0 JADUAL PERLAKSANAAN

10.1 Kalender Perlaksanaan



11.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.


Sumber :http://agri4me.formeniaga.net/files/misc/Loan_proposal.pdf