Friday, December 13, 2013

Perkenalan Ramly Burger Malaysia

Posted by Admin on 12/13/2013 04:06:00 PM with
PERKENALAN RAMLY BURGER MALAYSIA











Dato' Haji Ramly Bin Mokni















LOGO Syarikat

Ramly Food Processing Sdn Bhd
No.1 - 4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6187 4924
Email:rfpsb@ramly.com.my

Alamat Dan Email Ramly Burger



RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

SEJARAH RAMLY BURGER

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
           Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.


JENIS WARUNG ATAU GERAI RAMLY BURGER DI MALAYSIA

            Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
            Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

Kualiti: Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Produksi: Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.

Penyediaan: Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

BURGER AYAM DAN BURGER LEMBU

Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g

FRANKFURTER AYAM DAN FRANKFURTER LEMBU

Ramuan Frankfurter Ayam:

Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg



Koktel Ayam dan Koktel Lembu

Ramuan Koktel Ayam:
Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Nuget

"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.

Ayam Goreng

Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa
yang dibenarkan.
Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 1kg

Alaskan Pollock

Fakta tentang Alaskan Pollock:
Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.


Ramuan Koktel Ikan Tempura: Isi Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 500g
Ramuan Filet Ikan Tempura: Filet Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 450g

Daging Kisar

Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Roti Burger dan Roti Frankfurter

Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji

CAWANGAN-CAWANGAN RAMLY BURGER
  1.  Mukim Batu, Kuala Lumpur
  2.  Setapak, Kuala Lumpur
  3. Taman Maluri, Kuala Lumpur
  4. Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
  5. Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
  6. Bandar Botanik, Klang
  7. Meru, Klang
  8. Bandar Baru Bangi, Selangor
  9. Bandar Puchong Jaya, Selangor

























Thursday, December 12, 2013

Rancangan Perniagaan D'zafran Enterprise

Posted by Admin on 12/12/2013 07:14:00 PM with
 RANCANGAN PERNIAGAAN D'ZAFRAN ENTERPRISE


KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

KANDUNGAN

  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN KERTAS KERJA
  3. PROFAIL PERNIAGAAN
  4. PROFAIL PEMILIK
  5. SKOP PERNIAGAAN
  6. RANCANGAN PENGURUSAN
  7. RANCANGAN TEKNIKAL dan PENGELUARAN
  8. PEMASARAN
  9. ASPEK KEWANGAN
  10. JUSTIFIKASI dan PENUTUP LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

1.1     Industri makanan sejuk beku (frozen foods) dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan sejuk beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.

1.2     Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri (seperti bakeri dan pastri) kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat D'Zafran Enterprise serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Januari 2007.

1.3     Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Taman Seri Gombak. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku dan bakeri untuk café dan kantin kawasan sekitarnya.

1.4     Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas pembuatan pastri seperti karipap, roti, pizza dan kek di BAGUS Baking Center, Shah Alam dan cawangannya di Taman Melawati, yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri (confectionery) meliputi kek, pastri, roti, coklat dan hiasan buah-buahan. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU), perniagaan ini dapat diperkembangkan lagi.

1.5     Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, D'Zafran Enterprise berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.


2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1     Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan D'Zafran Enterprise yang menjalankan perusahaan makanan konfeksioneri dan sejuk-beku memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU).

2.2     Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM80,000.00 (Rgt LAPAN PULUH RIBU) merangkumi sebanyak RM50,000.00 (Rgt LIMA PULUH RIBU) adalah daripada modal awal pemohon manakala baki RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU) yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.

2.3     Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:


Perkara
Nilai (RM)
1. Struktur kedai
15,000.00
2. Oven
3,000.00
3. Mixer
2,000.00
4. Mesin tunai
500.00
5. Working table
1,000.00
6. Trolley
1,000.00
7. Freezer
5,000.00
8. Tray
500.00
9. Induction stove
1,000.00
10. Bahan mentah asas
1,000.00
Jumlah
30,000.00

2.4     Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut:

2.4.1 Nilai Pembiayaan : RM30,000.00
2.4.2 Kadar Keuntungan : 5%
2.4.3 Keuntungan Pembiayaan : RM1,500.00 setahun
2.4.4 Jumlah Pembiayaan : RM6,000.00 setahun
2.4.5 Bayaran Balik Bulanan : RM625.00 sebulan


3.0 PROFAIL PERNIAGAAN

3.1 Nama Syarikat : D'ZAFRAN Enterprise

3.2 Alamat Syarikat : 43, Jalan SG 6/15 Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor

3.3 Alamat Operasi : 95, Jalan SG 3/1 Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor (cadangan)

3.4 Alamat E-mel :

3.5 No.Tel/Fax :

3.6 No. Daftar Perniagaan :     Januari 2007 [cadangan]

3.7 Tarikh Daftar Niaga :     Januari 2007 [cadangan]

3.8 Aktiviti Perniagaan : Produk makanan konfeksioneri dan sejuk-beku

3.9 Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera )

3.10 Modal Permulaan :     RM50,000.00

3.11 Bank Berurusan :     Maybank [cadangan]

3.12 Alamat Bank :     Taman Seri Gombak [cadangan]

3.13 No Akaun Bank :     [cadangan]

3.14 Nama Pemilik :


4.0 PROFAIL PEMILIK

4.1 Nama Pemilik

4.2 Jawatan

4.3 Alamat

4.4 Telefon

4.5 E-mel

4.6 No. Kad Pengenalan

4.7 Tarikh Lahir

4.8 Bangsa

4.9 Agama

4.10 Taraf Perkahwinan

4.11 Kelulusan Akademik

4.12 Pengalaman Kerja

4.13 Kursus Dihadiri


5.0 SKOP PERNIAGAAN

5.1 Aktiviti Perniagaan

   5.1.1     Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk-beku dan makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di premis perniagaan.
   5.1.2     Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi kawasan perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan restoran serta kedai stesen minyak.

5.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan

   5.2.1     Kedai D'Zafran Enterprise ini menawarkan produk seperti berikut:
                  a) Pembuatan karipap.
                  b) Pembuatan samosa.
                  c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa).
                  d) Pembuatan pastri / biskut dan kek.

  5.2.2     Manakala perkhidmatan adalah seperti:
                  a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan tempahan kuih hari raya.
                  b) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan.
                  c) Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.
                  d) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis produk pastri ringan (bagi jamuan mesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagai).

5.3 Potensi Perniagaan
  5.3.1     Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan taman perumahan Taman Seri Gombak.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN
6.1     Struktur Organisasi


6.2     Fungsi dan Tanggungjawab
   6.2.1     Pemilik / Pengurus
                  a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek.
                  b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.
                  c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
                  d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

  6.2.2     Bahagian Pemasaran
                  a)     Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.
                  b)     Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran.
                  c)     Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk.
                  d)     Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelanggan.
                  e)     Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.
  6.2.3 Bahagian Pembuatan
                  a)     Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.
                  b)     Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.
                  c)     Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik.
                  d)     Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.
                  e)     Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.
  6.2.4 Bahagian Jualan
                  a)     Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

6.3     Gaji dan Ganjaran

  6.3.1     Perniagaan D'Zafran Enterprise sentiasa memastikan hubungan yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk tahun yang pertama adalah seperti di bawah:


6.4     Belanja dan Pengurusan
  6.4.1     Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus D'Zafran Enterprise adalah seperti berikut:

6.5     Strategi Pengurusan
  6.5.1     Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:
                  a)     Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.
                  b)     Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran.
                  c)     Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja                           diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.
                  d)     Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN
7.1 Kemudahan Asas
  7.1.1     Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej-kolej dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.

7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki
  7.2.1     Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik sejak setahun yang lalu, maka D'Zafran Enterprise telahpun memiliki beberapa peralatan asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa ini. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut:


7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan
  7.3.1     Sungguhpun D'Zafran Enterprise menjalankan operasinya mengeluarkan produk secara kecil-kecilan dengan beberapa peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada, namun pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan. Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:

7.4 Stok Bekalan Bahan Mentah
  7.4.1     Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

7.5 Senarai Pembekal Barang Niaga
  7.5.1     D'Zafran Enterprise telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Pembekal tersebut ialah:


7.6 Susun Atur Premis Niaga
  7.6.1     Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 1.

7.7 Carta Aliran Proses Kerja (Bakeri)
  7.7.1     Proses pembuatan menghasilkan makanan konfeksioneri (bakeri) dipaparkan seperti di Lampiran 2.

7.8 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun
  7.8.1     Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku juga konfeksioneri. Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5% (LIMA PERATUS) setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah:


7.9 Strategi Pengeluaran
  7.9.1     Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:
                  a)     Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.
                  b)     Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang.
                  c)     Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.
                  d)     Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum petang, forum dan sebagainya.
                  e)     Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.
                  f)     Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

  7.10 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar
                  7.10.1 Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah:

8.0 PEMASARAN

8.1     Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
  8.1.1     Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku dan konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:

8.2 Kumpulan Sasaran
  8.2.1     Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:
                  a)     Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Taman Seri Gombak.
                  b)     Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.
                  c)     Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
                  d)     Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitarnya.
                  e)     Pelanggan restoran.
                  f)     Pelanggan stesen minyak.
                  g)     Pengedar perseorangan.
                  h)     Internet (Laman Web).

8.3 Kawasan Pasaran
  8.3.1     Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius 5 (LIMA) kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:
                  a)     Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Taman Seri Gombak.
                  b)     Kawasan kantin dan di Kolej Kediaman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
                  c)     Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.
                  d)     Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta (Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya).
                  e)     Kawasan restoran dan di sekitarnya.
                  f)     Stesen minyak yang berhampiran.
                  g)     Masjid dan surau di sekitar.

8.4 Pesaing
  8.4.1     Di kawasan perumahan Taman Seri Gombak ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka juga baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada D'Zafran Enterprise dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:


8.5 Saiz Pasaran
  8.5.1     Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi (rujuk 8.6). Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah:

Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk
Maka saiz pasarannya ialah;
j pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u

8.6 Kuasa Beli Pelanggan
  8.6.1     Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Seksyen 6 Taman Seri Gombak dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 (TIGABELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Rgt SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah:


8.7 Syer Pasaran
  8.7.1     Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS).

8.8 Anggaran Jualan
  8.8.1     Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula:
j anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli
Maka itu menjadikan; 20% X RM124,400.00 = RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

8.9 Strategi Pemasaran
  8.9.1     Promosi

               Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh D'Zafran Enterprise bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:
                  a)     Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
                  b)     Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
                  c)     Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya.
                  d)     Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk.
                  e)     Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
                  f)     Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

8.9.2 Lokasi
Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar Taman Seri Gombak, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.
8.9.3 Harga
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.
8.9.4 Produk
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga
sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

9.0 ASPEK KEWANGAN

9.1 Kos Pelaburan Perniagaan
   9.1.1     Berdasarkan perancangan untuk menjalankan perniagaan ini, D'Zafran Enterprise telah menganggarkan kos pelaburan bagi menjana perniagaan seperti berikut:


  Sumber kewangan yang diperlukan akan diperolehi daripada pembiayaan sendiri adalah sebanyak RM50,000.00, manakala bakinya iaitu pembiayaan RM30,000.00 lagi akan diperolehi dari pihak MARA.

9.2 Anggaran Aliran Wang Tunai dan Penyata Kewangan
  9.2.1 Penyata Aliran Tunai Sebelum Pembiayaan
Butir transaksi lazim yang dilaksana sebelum pembiayaan perniagaan terkandung di dalam Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2007) dimaksudkan seperti di Lampiran 3.
  9.2.2 Penyata Aliran Tunai Selepas Pembiayaan
Manakala selepas pembiayaan perniagaan, transaksi lazim selepas pembiayaan terkandung di Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2007) dimaksudkan seperti di Lampiran 4.
  9.2.3 Penyata Kos Pengeluaran
Seperti diamalkan oleh mana-mana syarikat perniagaan, lazimnya setiap hujung tahun satu langkah menutup akaun perniagaan perlu dilakukan bertujuan memeriksa aliran akaun di samping dapat mengetahui keseluruhan kos pengeluaran yang telah dilaksana. Justeru, disenaraikan penyata kos pengeluaran berakhir pada 31 Disember 2007 seperti di Lampiran 5.
  9.2.4 Penyata Untung Rugi
Sepertimana yang lazim diamalkan, penyata untung rugi akaun syarikat berakhir pada 31 Disember 2007 adalah seperti di Lampiran 6.
  9.2.5 Penyata Kunci Kira-Kira
Penglibatan D'Zafran Enterprise dalam perniagaan ini dapat diukur melalui penyata kunci kira-kira yang berakhir pada 31 Disember 2007 sepertimana disenaraikan di Lampiran 7.

10.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP

10.1 Berdasarkan     kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, D'Zafran Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan.
10.2 Kajian     dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat D'Zafran Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.
10.3 Oleh     itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak MARA dengan itu melalui pembiayaan ini perniagaan dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi Negara.


Abdul Hanif Bin Mohamed Abidin : SX130135CSJS04

Secret Recipe

Posted by Admin on 12/12/2013 05:02:00 PM with



MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya.
Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.
Majoriti rakan Steven berbangsa Melayu sementelah dia sendiri membesar di perkampungan Melayu. Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat rapat, manakala di kalangan rakan-rakan tidak pernah berbangkit soal tidak boleh bermain bersama semata-mata kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'.
Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat-buat. Sebagai anak bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan. ''Anak bongsu biasalah abang-abang suka mengusik, buli. Tetapi saya ada keberanian untuk bersuara,'' katanya.
Pernah bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara yang dilawatinya. Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan dicari jawapan.
Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.
''Tidak ada casual dining di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal,'' katanya.
Dari situ bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi percuma pelanggan mencuba pula kek-kek yang dijual di situ. Steven tidak lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar. Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang. ''Semasa itu peserta terdiri daripada chef-chef hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak ada siapa pun yang kenal, hakim-hakim pun tak tahu tentang kami,'' katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.
Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ.
Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.




''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.
''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.
Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, dua kali dia didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.
Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.


Contoh produk yang ada di pasaran 
















Contoh menu yang di sediakan selain kek














Secret recipe juga menyediakan makanan kepada pelanggan yang mengamalkan pemakanan  vegetarian. Ini adalah contoh penyediaan makanan vegetarian.








Selain itu juga, untuk menarik minat kanak-kanak untuk makan. Secret recipe menyediakan makanan dalam bentuk abjad dan angka. Contoh makanan untuk kanak-kanak.













Kini cawangan Secret Recipe semakin meluas di Negara jiran dan Negara-negara berikut.
Seperti Brunei, Indonesia, Philippines, Myanmar, Singapore, India, Thailand, dan Cambodia.



Contoh cawangan yang berada di Malaysia :



Hazlina Binti Abdul Halim SX