Saturday, December 28, 2013

ENTREPRENEUR'S PROFILING

Posted by Admin on 12/28/2013 08:28:00 AM with
Untuk aktiviti hari ini, kami dapat menentukan personaliti diri dengan cara menanda kenyataan yang paling tepat dan sesuai dengan perwatakan masing-masing.

Kenyataan tersebut akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu A, B, C dan D. Apabila selesai menjawab ke semua kenyataan tersebut, jumlah akan dikira bagi setiap bahagian dan diplotkan pada gambarajah Carta Radar.

Keempat-empat titik setiap bahagian disambung dan menghasilkan  gambarajah berbentuk layang-layang yang menggambarkan peta otak kita.

Rumusan:

Kesimpulannya, bentuk yang terhasil dari peta otak ini adalah gambaran personaliti diri terhadap kecenderungan minat dan kemahiran yang ada pada diri masing-masing.

Di bawah adalah gambarajah yang telah diambil di dalam kelas :



SYSTEM O-PARK

Posted by Admin on 12/28/2013 08:03:00 AM with
SYSTEM O-PARK




Idea perniagaan,

Rekabentuk Produk,
  Masalah yang timbul di Negara ini adalah pakir kereta atau tempat letak kereta. Kesesakan tempat kereta di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun syarikat-syarikat besar telah membina tempat letak kereta yang lebih luas namun masalah yang sama tetap berlaku. Oleh yang demikian, syarikat Millenium Agrofarm Sdn Bhd akan memperkenalkan satu system parking yang akan membantu orang ramai dalam merancang perjalanan ke pusat membeli belah di seluruh Malaysia seperti Berjaya Time Square, Alamanda, The Mines, One Selatan, Paradigm Mall, Mid Valley dan banyak lagi.
Produk ini dinamakan System O-Park. System O-Park ini akan beroperasi secara online dimana para pengunjung pusat membeli belah perlu membuat tempahan parking kereta sebelum mengunjungi pusat membeli belah yang mereka inginkan. Sebagai contoh pengunjung yang ingin datang ke Alamanda perlu membuat tempahan parking kereta sebelum datang ke Alamanda. Pengunjung perlu melayari laman website http://www.system0-park.com untuk membuat tempahan parking kereta.
Penyelesaian:

Produk / Perkhidmatan Penerangan
   System parking ini adalah direka khusus untuk pusat pembeli belah di seluruh Malaysia. System ini menyediakan perkhidmatantempahan temapat letak kereta. Orang ramai yang hendak mengunjungi pusat pembeli belah perlulah membuat tempahan tempat letak kereta kerana sebelum datang ke pusat membeli belah untuk mengelakkan ketiadaan tempat letak kereta yang terhad. 
   Sistem ini menggunakan teknologi terkini seperti:

1. Adobe Air / Flex di mana menggunakan teknologi Rich Internet Application 

2. PHP dan MySQL sebagai pengantara dan pangkalan data.


(RIA) yang membolehkan sistem di capai di mana-mana sahaja.
Pada peringkat awal system ini akan beroperasi di Alamand Putrajaya. System ini berfungsi seperti berikut:
  1. . Pengunjung perlu membuat tempahan  tempat letak kereta 2 jam sebelum masuk  ke pusat membeli belah. 
  2.    Kadar parking adalah RM 2 satu sejam untuk Isnin hingga Jumaat. RM 3 untuk Sabtu dan Ahad dan cuti-cuti umum.

  Kelebihan dan kebaikan produk ini adalah:

1.  Membantu pengunjung merancang perjalanan.

2.Mengelakkan kesesakan atau ketiadaan tempat letak kereta.

3.Tempat letak kereta yang mudah untuk pengalaman membeli-belah santai

4.Tempat letak kereta secara eksklusif untuk pelanggan dan pekerja

5.Penyelesaian pengesahan untuk pelanggan

6.Diskaun dan tempat letak kereta VIP untuk pelanggan tetap

7. Tempahan tempat letak kereta

8. Tempat letak kereta pekerja berasingan
Stategi Pemasaran
 System ini akan dijual kepada pemilik atau pengusaha pusat membeli belah yang ada di seluruh Malaysia. system ini akan dijual dengan harga RM 100,000.00
Commercial Feasibility & Viability

Friday, December 27, 2013

Blue Ocean Strategy

Posted by Admin on 12/27/2013 04:19:00 PM with
Untuk aktiviti hari ini, setiap kumpulan ditugaskan untuk membawa item-item seperti berikut :
  • item atau barang yang tidak digunakan lagi
  • 5 keping kertas A4 warna dan 3 keping kertas A4 putih
  • 1 botol gam
  • 1 gulung cello-tape
  • 1 gulung tali rupia
  • Gunting / pisau












Carta Organisasi Millenium Agrofarm Sdn Bhd

Posted by Admin on 12/27/2013 04:01:00 PM with

Rancangan Perniagaan Mega Samudera Sdn Bhd

Posted by Admin on 12/27/2013 11:53:00 AM with
Rancangan Perniagaan Mega Samudera Sdn Bhd




KANDUNGAN


1. RINGKASAN EKSEKUTIF
2. KANDUNGAN 
3. PENDAHULUAN 
4. TEKNIKAL 
5. PEMASARAN 
6. PENGURUSAN 
7. KEWANGAN 
8. KESIMPULAN 
9. LAMPIRAN 


PENDAHULUAN

        Maklumat Syarikat 



NAMA PEMOHON
:
SAIFUDDIN BIN SAAD
NAMA PERNIAGAAN
:
MEGA SAMUDERA SDN BHD
NO.PENDAFTARAN
:
746146-W
TARIKH PENUBUHAN
:
04 September 2006
JENIS SYARIKAT
:
PRIVATE LIMITED
MODAL DIBENARKAN
:
RM 100,000-00
MODAL BERBAYAR
:
RM 100,000-00
BANK
:
MAYBANK BERHAD
LEMBAGA PENGARAH
:
SAIFUDDIN BIN SAAD

:
MOHD ASRUM BIN ABD RAHIM
ALAMAT
:
NO. 8 JALAN SR 4/12


SERDANG RAYA, SERI KEMBANGAN


43300 Selangor MALAYSIA
TEL
:
+603 8943 5344 / 012 2299 377
FAX
:
+603 8943 5344
CAWANGAN KEDAH
:
NO.7A PEKAN PADANG SERA


06100, KODIANG


KEDAH.
TEL
:
+604 9252 149 / 012 2299 377
FAX
:
+604 9252 149
PENGURUS
:
SAIFUDDIN BIN SAAD
AKTIVITI PERNIAGAAN
:
TRADING & SERVICES
SEKARANG


RANCANGAN
:
LADANG SAYUR-SAYURAN
PERNIAGAAN


 


        Pengarah Dan Pemegang Saham



        Latarbelakang Perniagaan




Potensi tanaman sayur-sayuran dianggarkan pada paras 1,960,234 MT pada tahun 2005 dan 2,107,874 MT pada tahun 2006. Peningkatan menunjukkan hampir 8% setahun seiring dengan pertambahan permintaan terhadap sayuran terutama daripada intitusi , isirumah dan kilang.
Industri sayur-sayuran tempatan telah berkembang dengan pesatnya sejak awal 90an. Kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh Mega Samudera Sdn Bhd untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Kombinasi bidangusaha yang efektif akan membantu syarikat mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kombinasi yang efektif membolehkan penggunaan tanah, tenaga buruh dan modal dengan lebih cekap. Mempelbagaikan bidangusaha dalam ladang juga akan dapat mengurangkan kos pengeluaran, menambahkan kadar hasil dan dapat mengurangkan kos pengeluaran dan dapat mengurangkan risiko seperti kejatuhan harga hasil dan serangan penyakit. Bidang usaha ini menepati objektif dan strategi halatuju industri sayuran melalui Dasar Pertanian Negara (1998-2010).



        Status Perusahaan Ladang 


       Perusahaan ladang sayuran ini telah mencapai tahap 2 dan akan berkembang mengikut jadual selepas mendapat kelulusan pembiayaan daripada Bank Pertanian sebanyak RM 50,000.00.





TEKNIKAL
  
        Profail jenis sayuran

a)     Kailan

b)     Bayam
c)     Kangkung
d)     Kacang buncis
e)     Kacang bendi
f)      Kacang panjang
g)     Cili Merah Kulai

         Tapak Projek/ Premis

a) Lokasi:

Mega Samudera Sdn Bhd telah membuka ladang sayuran seluas 3 hektar di Batu 5, Jalan Kodiang-Changloon, Mukim keplu, Kodiang, kedah
Formula asas kepada pemilihan lokasi ladang sayuran ini ialah kesesuaian tanah dan kemudahan asas yang sedia ada. Lokasi ini penting bagi menghasilkan pengeluaran yang maksima dan mampu memberi kemudahan kepada pemborong-pemborong sayuran mendapatkan hasil ladang.


b) Keluasan Lokasi:

      Keluasan tanah yang dijadikan ladang sayuran ini ialah 3 hektar. Keluasan tanah ini bersesuaian dengan matlamat operasi perusahaan ladang sayuran dan anggaran pengeluaran dijangka bertambah sehingga 15 tan sebulan.

c) Pemilikan

     Tanah seluas 3 hektar ini dimiliki oleh Puan Asma bt Hanafi dan Mega Samudera Sdn bhd telah menandatangani perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 30 November 2007 dan akan tamat pada 1 Disember 2010 .

d) Kemudahan Dan kesesuaian:

     Kedudukan tanah ini amat bersesuaian dengan bidang pertanian dan mempuyai kemudahan saliran air yang sedia ada. Lokasi perusahaan ladang ini yang bersebelahan dengan kawasan ternakan ayam memberi kemudahan dari segi baja tanaman.
 


        Pemilihan Proses 

 



        Lesen-lesen  

Pihak syarikat telah memohon permit pekerja asing bagi pengambilan seramai 6 orang tenaga kerja baru yang mahir dalam bidang pertanian dari Surabaya, Indonesia.



        Carta Aliran Ladang Sayuran







        Jadual Perlaksanaan projek  




Tanaman Peringkat 1 meliputi tanaman sayuran berdaun seperti sayur sawi, sayur bayam, sayur kangkung dan sayur kalian. Sayuran ini ditanam dikawasan seluas 1 hektar. Tanaman ini telah berjalan mengikut jadual iaitu bermula pada bulan November 2007. Tujuan tanaman ini adalah untuk mendapatkan titik pulang modal dalam masa yang dianggarkan.

Tanaman Peringkat 2 meliputi tanaman sayuran seperti kacang bendi, kacang panjang dan kacang buncis. Sayuran ini ditanam dikawasan seluas 1 hektar.

Tanaman Peringkat 3 adalah sebanyak 10,000 pokok cili merah jenis kulai. Tanaman ini akan mula di tanam mengikut jadual pada bulan Feb 2008 dan mampu mengeluarkan hasil pada bulan Mei 2008 sehingga Oktober 2008. Ini adalah strategi pihak ladang memandangkan potensi harga pada bulan Mei sehingga bulan Oktober begitu memberangsangkan di mana dianggarkan purata harga pasaran ladang sekitar RM 6 sekilogram. 



PEMASARAN
  
        Pasaran Am

Trend perdagangan di Malaysia menunjukkan, malaysia ialah negara pengimport sayuran kerana pengeluaran tempatan tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Pada umumnya, sektor swasta memainkan peranan utama dalam sistem pasaran sayuran di Malaysia, Kebanyakan sayuran dipasarkan melalui saluran pemasaran tradisional, namun margin pemasaran menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Ringkasan kepada pasaran dapat ditunjukkan seperti rajah di bawah;
 
        Sasaran Pasaran Syarikat

Kami mensasarkan beberapa kawasan seperti jadual di bawah dalam memperluaskan aktiviti pemasaran bagi hasil perladangan ini;


        Strategi Pemasaran


Analisis SWOT (Dalaman dan Luaran)

Kami mempunyai kekuatan dan kelemahan dari segi dalaman dan kami melihat peluang dan ancaman dari segi luaran dalam menigkatkan hasil pengeluaran yang dirumuskan seperti berikut:
 




        Kawasan Pasaran

       Pihak syarikat akan memberi tumpuan pasaran di sekitar daerah Kubang Pasu dan Bandar kangar kerana lokasi yang berdekatan iaitu berada pada jarak 17km sahaja dari ladang sayuran. Tumpuan pasaran di sini penting kerana sayuran merupakan komoditi mudah rosak, harga yang tidak tetap dan sentiasa berubah.


        Usaha Promosi

       Pihak syarikat telah menjalankan promosi dan telah mengenalpasti 1 orang pemborong dari pasar borong Alor Setar dan 1 orang pemborong dari pasar borong kangar. Pihak syarikat juga telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak FAMA dalam mempromosikan hasil ladang. Usaha promosi melalui internet juga telah dibuat iaitu melalui www.ladangsayur.blogspot.com dan respons yang kami terima begitu membanggakan. Dalam jangka masa panjang, ladang sayuran ini akan dilengkapi dengan sistem CCTV dan pelanggan boleh mengikuti secara langsung aktiviti di ladang menerusi internet.


        Perletakan Harga

        Pihak Syarikat akan sentiasa mengawasi pasaran harga bagi sayuran terpilih dan menentukan harga berdasarkan standart harga pasaran yang dikeluarkan oleh pihak FAMA.
 


        Kos Operasi Perniagaan


           Berdasarkan kepada perancangan, anggaran modal yang diperlukan, anggaran pendapatan, sasaran dan segmen pasaran, maka modal tambahan dan modal pusingan bagi operasi ladang ini adalah seperti berikut.




        Persaingan Utama




PENGURUSAN

         Carta Organisasi  

 
 


        Kebolehan Pengarah Untuk Mengurus


 

        Ahli Pengurusan Dan Tugas

a) Pengurusan / Akaun

Mengurus operasi perniagaan melalui perancangan dan kawal selia meliputi keseluruhan operasi ladang.

b) Pengurus Ladang
Bertindak sebagai penyelia dan memastikan kualiti hasil pengeluaran sentiasa dalam standart piawaian yang ditetapkan oleh pihak syarikat.


c) Pegawai Pemasaran

Menjalankan tugas-tugas pemasaran termasuklah penyediaan dokumen tender bekalan makanan bahan mentah untuk Kementerian- Kementerian Kerajaan dan mengenalpasti pemborong. Memastikan skop promosi yang berkesan untuk memasarkan hasil ladang.


        Pekerja Dan Bidang Tugas