PERKENALAN RAMLY BURGER MALAYSIA
Dato' Haji Ramly Bin Mokni
LOGO Syarikat
Ramly
Food Processing Sdn Bhd
No.1 - 4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6187 4924
Email:rfpsb@ramly.com.my
No.1 - 4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6187 4924
Email:rfpsb@ramly.com.my
Alamat Dan Email Ramly Burger
RAMLY MOKNI (RAMLY
BURGER)
Ramly
Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai
kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani
oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat
dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai
cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta
kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai
menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari
300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan
tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada
pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya
di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak
pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging
burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara
ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak
merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.
Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah
diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan
pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang
diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya
mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan
peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan
keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang
sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa
kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang
dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran
syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan
hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan
berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat
cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
SEJARAH
RAMLY BURGER
Burger
Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi
salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah
didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly
telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan
penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
JENIS
WARUNG ATAU GERAI RAMLY BURGER DI MALAYSIA
Lebih dari 120 orang pemborong
berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua
pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad.
Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada
pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti
dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Kualiti: Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi: Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Penyediaan: Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.
BURGER
AYAM DAN BURGER LEMBU
Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g
FRANKFURTER AYAM DAN FRANKFURTER
LEMBU
Ramuan Frankfurter Ayam:
Daging Ayam, Protein Kacang Soya,
Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa
(E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Frankfurter Lembu: Daging
Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi
Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250,
E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Koktel Ayam dan Koktel Lembu
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan
Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan
Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan
Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Nuget
"Nuget
Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk
Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget Daging
Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang
menjual nuget lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ayam Goreng
Ramuan
Kepak Ayam: Bahagian Kepak
Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam.
Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa
yang dibenarkan.
Ramuan
Ayam Goreng: Bahagian Ayam,
Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi
Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara
Menyimpan: Simpan
Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 1kg
Alaskan Pollock
Fakta tentang Alaskan Pollock:
Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.
Ramuan Koktel Ikan Tempura: Isi Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 500g
Ramuan
Filet Ikan Tempura:
Filet Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak
Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah
Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek:
450g
Daging Kisar
Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu
Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk membuat kuah Spegetti, Pai Ayam,
Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Roti
Burger dan Roti Frankfurter
Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji
CAWANGAN-CAWANGAN
RAMLY BURGER
- Mukim Batu, Kuala Lumpur
- Setapak, Kuala Lumpur
- Taman Maluri, Kuala Lumpur
- Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
- Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
- Bandar Botanik, Klang
- Meru, Klang
- Bandar Baru Bangi, Selangor
- Bandar Puchong Jaya, Selangor